Wednesday, September 2, 2009

... tunding ...

Sekadar murojaah buat diri dan sekaliannya, Insya`allah

Setelah sekian lama hidup berumahtangga, pasangan suami isteri tersebut mengalami masalah. Suaminya beranggapan masalah kehidupan rumah tangganya terletak pada isterinya. Si suami mengira bahawa isterinya tuli. Akhirnya suami tersebut pergi mendapatkan khidmat seorang seorang doktor.

Maka doktor menyarankan kepada lelaki tersebut ketika di rumah agar memanggil isterinya dalam jarak empat meter.

'Kalau isteri saya tidak menjawab, apakah dia benar-benar tuli, doktor?' tanya lelaki itu.

'Ooo..belum tentu lagi..kalau jarak empat meter tidak menjawab, cubalah dengan jarak dua meter,' jawab doktor lagi.

'Kalau masih tidak menjawab juga?" tanya lelaki itu perti tidak berpuas hati.

'Panggillah yang lebih dekat lagi, kalo masih tidak menjawab bererti isteri anda tuli.' kata doktor tegas.

Sesampai di rumah si suami melihat isterinya sedang menyirami bunga di halaman rumah. Dari jarak empat meter suaminya menyapa, 'Hai sayang sedang buat apa?' Pertanyaannya tidak dijawab, suaminya jadi khuatir, kalau-kalau isterinya benar-benar tuli.

Kemudian suaminya mendekat pula dengan jarak dua meter memanggil isterinya. 'Sayang, bunganya indah sekali ya..' Ternyata masih juga tidak mendengar jawapan isterinya. Dengan gagahnya suaminya berdiri lagi dekat di samping isterinya yang sedang menyiram bunga dan mengatakan dengan suara agak keras, 'Sayang, Sibuk ya? Lagi buat apa tu?'

Si isteri menoleh dengan wajah memerah menahan amarah dan mengatakan kepada suaminya. 'Kamu ini kenapa? sudah tiga kali saya jawab, sedang menyirami bunga, masih lagi bertanya.'

Begitulah seringkali kita beranggapan orang lain yang salah. Padahal sebenarnya kesalahan itu ada pada diri kita sendiri, terkadang kita tidak menyedari bahawa kesalahan itu terletak pada diri kita sendiri. Seperti lagu Ebiet G Ade, 'Tengoklah ke dalam sebelum bicara, singkirkan debu yang masih melekat.'

Prinsip 90/10 perti Stephen Covey, sangat simple menjelaskan dalam membantu kita menghadapi masalah. kita tidak dapat mengendalikan 10% dari kondisi yang terjadi pada diri kita. Contohnya, kita tidak dapat menghindar dari kesesakkan.

Pesawat terlambat datang dan hal ini akan membuang seluruh schedule. Kesesakkan telah menghambat seluruh rencana kita. Kita tidak dapat mengawal kondisi 10 persen ini tetapi kita dapat mengawas yang 90% . Iaitu dengan cara kita reaksi.

Kita tidak dapat mengawal lampu merah, tetapi kita dapat mengawal reaksi kita. Itulah makna lihatlah ke dalam bererti bereaksi secara positif dalam menyingkap setiap masalah. Tundinglah diri mencari makna yang hakiki.. insya`allah.

Afala Ta`kilun..

No comments: