Wednesday, April 29, 2009

Muka 11

Panas terik mentari memancarkan habanya. Terlihat bayang-bayang fatamorgana di atas tar yang kenderaan aku naiki, lalui. Cermin kenderaan itu terbuka luas. Angin yang masuk, menyapa pipi. Aku suka memerhati pemandangan sekitar di luar. Kereta sewa yang aku tumpangi bergerak dengan sederhana laju. Pendingin hawa teksi mungkin rosak. Makanya tidak berfungsi. Tubuhku yang dibaluti dengan sweater juga kepalaku dilitupi jilbab labuh dan kepanasan pun amat dirasa sekali. ‘Mungkin telah lama kenderaan kereta sewa ini. Maka pendingin hawanya bermasalah. Sesekali pakcik pemandu teksi itu melirikkan matanya di cermin pandang belakang. Segala itu membuatkan aku tidak selesa. Apa pun aku berlagak seakan tidak ada apa-apa. Dan pakcik itu menegurku.


“Kamu dari mana? Tahan kamu ya bertudung labuh dengan bersweater lagi tu.” di akhirnya orang yang sekitar akhir 30 an itu ketawa kecil. Ayat terakhirnya itu membuat aku rimas. Namun sedayanya aku menghadiahkan senyuman tanpa membalas pertanyaannya. Maka sepilah dia tanpa soalan lagi.


Cuaca panas inilah menjadi ujian penguat keimananku. Walau cuaca amat panas, aku sesekali tidak akan melanggar aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Walaupun ramai wanita memiliki pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan perkara yang satu ini, namun biarlah aku tetap istiqomah meneruskan yang diperintahkan Rabbul `izzati.


Sungguh ironis dalam mengakui Beragama Islam, namun masih ramai wanita itu tidak menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan. Lagi menyakitkan, alasan mereka tidak menutup aurat dengan bertudung kerana cuaca panas dan bersifat tropis. Padahal di Negara Padang Pasir, Arab, juga negara yang berhampirannya lebih tinggi suhu kepanasannya. Akan tetapi mereka masih boleh bertahan mengekalkan Perintah Allah Subhanhu Wata`ala juga meneruskan tradisi.


Bahang dirasakan tubuh. Dan bau keringat pun menular. Keringat siapa aku malas nak ambil aksi. Yang penting aku tidak merasakan itu bau tubuhku. Aku tidak mahu tubuhku berbau yang tidak enak. Namun aku tidak juga mahu tubuhku berbau harum di tempat yang tidak sepatutnya. Semua itu kerana aku tidak mahu dianggap wanita yang tidak menjaga maruah juga agamaku.


Teksi semakin laju meneruskan ke destinasi yang inginku tuju. Memang berat untuk aku hadir hari ini. Tetapi kali ini aku harus datang setelah beberapa kali menolak kerana bertembung dengan program lain. Maka hari ini aku mengambil keputusan untuk hadirkan diri bersama Biro Dakwah dan Pembangunan Insan. Hembuasan angin menyapa ligat pipi juga tubuh. Serasa nyamannya.


‘alhamdulillah, sampai juga akhirnya’ detik hatiku


Aku turun dari teksi setelah menghulurkan wang RM8 kepada pakcik yang menghantarkan. Teksi itu berhenti betul-betul di muka gerbang kampus. Dan aku terpaksa menapak untuk menuju ke Masjid Al Amin, Kampus.


“Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh.” Ucapku setelah tiba di muka pejabat musyawwarah BDDPI yang dikhususkan itu.


“Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.” Balas Ukht Nuris dengan senyuman terukir di bibir manisnya.


“Alhamdulillah, enti hadir juga hari ini. Apa khabar adikku? Lama tak bersuakan...” tambahnya lagi. Nada terakhirnya seakan sayu. Dalam hati aku hanya membenarkan katanya. Tidak mahu bersama turut emosi sepertinya.


Aku menganggukkan kepala dengan senyuman kuhadiahkan kepadanya.


“Alhamdulillah sihat. Moga ukht begitujuga.Ukht, dah mulakah?”


“Ya, baru sahaja mulanya. Mari masuklah ke sana.” Pelawanya sambil mempersilakan aku juga dia beriringan bersama sekali. Masing-masing melayari fikiran sendiri.


Bersama kami menyemak warkah ilmiah yang diberikan oleh Akh Iskandar yang selaku Rais biro kami ini. Aku memerhatikan segala isi kandungannya. Akhir-akhir ini, aku agak kurang aktif dalam persatuan yang satu ini. Kerana banyak amanah lain yang lebih aulaa`. Di samping itu, tidak sesekali aku meminggirkan diri dalam mengikuti perkembangan yang dilalui persatuan ini. Namun salah satu sebab aku menyendiri bukan atas permintaanku tetapi atas apa yang menimpaku dan tidak aku ingini sama sekali sedemikian.


Hijab yang membatasi saat syura. Tidak mengurangkan sedikitpun kualiti bermusyawwarah ikhwan dan akhowat dalam mengemukakan komentarnya untuk dakwah. Malahan dengan sebegini akan bertambah semangat mengemukakan sesuatu tanpa rasa malu bagi kaum muslimah seperti aku.


“Setiap dari kita haruslaah memberikan contoh yang terbaik kepada mahasiswa-mahasiswa yang lain, agar biro dakwah kita ini dipandang melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Pendek katanya amar ma`ruf nahi mungkar. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan mahasiswa juga gabungan persatuan lain, agar pergerakkan kita tidak hanya tertumpu dalam lingkungan kita sahaja. Dengan mengadakan hubungan dengan persatuan yang lain, kita sama dapat menangani permasalahan yang terjadi. Jangan sampai perjalanan dakwah kita terhambat kerana kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Setiap ahli BDDPI perlulah bersosialisasi dengan mahasiswa mahupun kakitangan kampus. Selain mempromosikan segala aktiviti kita, kita juga dapat menarik mereka mendekati juga mengikuti perjalanan program dakwah kita. Insya`allah semampunya kita bersama sentiasa dalam jamaah.” Ucap Iskandar dengan nada tegas dan berjela.


“Okey sahabat sekalian, ada apa-apa yang nak ditanyakan atau diusulkan?” tambahnya lagi dengan caranya yang tersendiri dan membayangkan riak senyum.


“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, sidang ikhwan dan akhowat sekalian. Ana ada cadangan yang ingin diusulkan buat kemantapan program yang kita ingin jalani. Sebagaimana yang Akh Is ketengahkan tadi, kita mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi selain memberi tarbiyah kepada sekalian mahasiswa di samping itu, kita dapat memantapkan biro kita ini dengan mewujudkan buletin semasa buat tatapan mahasiswa kampus. Justeru segala agenda mahupun perjalanan program kita akan dihebahkan melalui buletin. Maka segalanya akan tersebar luas dan tidak tertumpu pada fakulti sahaja. Dengan itu kita tidaklah susah-susah nak hebahkan dari mulut ke mulut segala aktiviti kita.” Ujar Firdaus dengan caranya tersendiri yang senyum sentiasa tersemat dibibir.


“Ya ada benarnya cadangan enta tu. Insya`allah kita boleh usahakan bersama. Ada cadangan atau usulan lain. Dari akhowat pula bagaimana?”


“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kalau menurut ana, lebih baik memberikan pendekatan kepada mereka. Dengan cara mengadakan hubungan dengan persatuan lain, seperti yang dicadangkan Ra`is tadi, maka dari situ akan memudahkan menghebahkan program kita. Kenapa mahasiswa agak jauh dengan persatuan kita? Pada dasarnya mereka agak berfikiran kebelakang. Kerana beranggapan kita tidak layak bersama dan didampingi mereka. Tentu antum sedia maklum, sebagaimana ana melaksanakan amar ma`ruf nahi mungkar, sebaliknya ana pula yang dijatuhakan hukuman yang tidak selayaknya oleh Hal Ehwal Mahasiswa. Justeru, ana rasa selayaknya persatuan ini akan terus berani mempertahankan yang hak, siapa dia? Siapa mereka?

*** Bersambung


6 comments:

ABDUL LATIP said...

Salam ukhwah dan membalas kunjungan ke blog saya. Seorang penulis rupanya.

Menarik juga karya ini. Teruskan sampai siap. Syabas.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam ziarah kembali...

salam perjuangam...

MindaInsani said...

Salam ukhwah juga Pak Latip.

Terima kasih. Masih baru dalam penulisan di alam maya ini.

Doakan saya.

MindaInsani said...

Syukran NoRuLLiSzA eL FaRiSi..

Salam Perjuangan juga.

Liz Rafael said...

subhanallah nice writing..

ukhti amat berbakat dan saya doakan ukhti akan meneruskan hasil penulisan yang sangat baik ini disamping mengenalkan dunia Islam yang begitu indah kepada semua.. insya-Allah..ameen.. =)

MindaInsani said...

Mutasyakkir Ilallah..

Syukran ukht..Silakan menghayatinya sehingga usai ya..

Moga penyampaian dakwah itu sampai kepada sekalian yang membacanya. Amin Ya Rabbal `alamin.