Tuesday, May 12, 2009

Muka 34

Umi tersenyum penuh erti. Tandanya memahami. Gembira sekali riak wajahnya.


“Irah sudah menjadi wanita muslimah yang dewasa. Penyenang hati umi dan keluarga. Umi senang sekali mendengan kata Irah tadi. Tak menyangka sama sekali.” Aku hanya senyum dan beberapa ketika aku membalas.


Aku mencapai gelas berisi air suam, air kesukaanku. ‘Ahhh.. nikmatnya serasa tika air membasahi kerongkongku dan menolak makanan yang kumakan ke tempatnya. Ahh.. nikmatnya. Nikmat manakah yang harus aku dustai?’ ingatanku pada maksud Surah Ar Rahman ayat Al Quran yang banyak ulangnya ini.


“Irah masih budak kecil lagi lah umi. Lihatlah ke mana pergi tak pernah orang mengatakan yang Irah dah habis sekolah. Hehee...” Umi tersenyum dengan jawapanku. Tangannya mengusap jemariku yang baru selesai dilap. Terasa sangat senang sekali aku diperlakukan sedemikian oleh umi. Tangannya yang kanan mengusap lembut rambut panjangku yang sengaja malam ini aku tidak menutupnya. Ingin menyenangkan hati umi. Asyik sekali rasanya dibelai umi yang menyayangi lagi memahami.


Setelah lama berbual bicara bersama umi. Tidak ketinggalan tentang abi.sedikit sebanyak, perasaan rinduku pada abi terasa. Umi pastilah lebih-lebih lagi. Aku mengemaskan meja makan dan umi telah masuk ke kamarnya. Usai mengemas, aku terus ke tingkat atas ke kamarku. Sudah menjadi kebiasaan sebelum tidur, berwuduk, Solat Sunat dan melantunkan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran. Setelah itu aku menelaah terjemahan ayatnya. Dan kesempatan malam yang sunyi itu, aku sering menghabiskan masa dengan beruzlah bersama Pencipta. Bermuhasabah sentiasa kulakukan. Selain itu tak kulupakan membaca beberapa buku juga kitab sebagai makanan rohani. Dan masa untukku berkarya juga ada. Hingga terkadang lenaku hanya seketika sahaja. Namun aku tidak lupa akan ayat Allah yang satu ini, ‘Dan malam dijadikan untuk hambanya beristirehat.’ Begitulah yang termaktub dalam Al Quran. Maka tidak aku persiakan anugerahNya.


Aku memasang cita-cita khatam Quran sebanyak 10 kali dalam setahun. Maka akan aku laksanakan sebagaimana tahun yang sebelumnya. Dan impianku memahami semua isi Al Quran suatu ketika nanti. Dan akulah sedang mengejar semua itu. ‘Bi iznillah’ balas diriku sendiri.


Lenaku disaluti bacaan Istighfar, 3 Qul juga doa-doa pendek sebagai bekalan.


***


Pagi begitu cerah. Pepohon daunnya dibasahi embun. Dengan kicauan burung yang mengalun. Menjadikan pagi itu begitu sempurna. Saling ada kaitannya. Membugarkan hatiku juga diri merasakan nyaman sekali. Tak ketinggalan Kopi Radix peneman minum pagiku semanjak kuketahui produk ini produk Islami berserta bahan-bahan alami dari tumbuhan dan hasil bumi seperti akar kayu. Dan seringlah aku menyarankan Produk Islam ini pada sahabat-sahabat.


Seharusnya kerja-kerja yang harus diselesaikan telah aku sempurnakan. Dimulai dengan mandi sebelum Subuh, Solat Sunat, Solat Subuh juga yang pasti tak pernah aku tinggalkan sejak di bangku sekolah menengah lagi, Bacaan Ma`tsurat, Bacaan Ayat Quran, bersenam ringkas di kamar dan yang terakhir menikmati pagi hari bersama segelas Kopi Radix dan sedikit kuih muih bersama umi. Dan setelah usai yang itu, kadang-kadang aku mengemaskan rumah juga sekitarnya membantu Makcik Qamariah. Itulah rutinku tika di rumah.


“Athirah tak pergi mana-mana ke hari ini?” soal umi pada pagi itu, saat aku mentelaah di sofa lembut warna hijau kesukaan abi. Aku segera menoleh. Menutup Kitab yang ditangan iaitu Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan, karangan Dr `aidh Abdullah Al Qarni.


“Insya`allah tak ke mana-mana umi. Kenapa mi?”


“Oh ye ke? Umi nak ajak pergi jalan-jalan. Haa.. umi nak cari tudung di Butik Muslimat tu. Apa Irah nak juga? Marilah ikut temankan umi. Tentu Irah rambang mata nanti. Hehee..” kata umi sakan, sempat mempromosi dan memancing anaknya.


“Ermmm.. Umi, Irah teringin nak hidup zuhud. Tidak bermegah-megahan. Lagipun kan umi, tudung Irah masih boleh dipakai lagi. Buat apa banyak-banyak kat almari. Tapi pakainya tetap satu saja kan.” Balasku perlahan dan mengharapkan pengertian umi.


Umi tersenyum. Seperti senyumannya malam tadi. Aku amat senang sekali menyaksikan senyuman itu.


Alhamdulillahi Rabbil `alamiin. Anakku benar-benar telah dewasa. Sayang, bukan beerti zuhud itu mengetepikan keindahan. Bukankah Allah lebih suka pada keindahan. Dan umi membeli itu bukan semata-mata keinginan. Tetapi lebih berdasarkan keperluan umi sayang. Dan telah banyak tudung yang umi agihkan kepada sahabat juga yang memerlukan wahai anakku.”


“Okey umi, Irah ikut umi.” Balasku tegas dan ceria. Kerana aku tidak mengetahui akan sebenar hakikat tujuan umi tadi.


“Okey. Terima kasih Athirah. Insya`allah jam sebelas kita pergi ya.” Senyumannya terukir sentiasa. Umi terus berlalu ke dapur untuk membantu Makcik Qamariah, pembantu dirumahku. Namun dia sudah sebahagian keluargaku.


Aku menuju ke mini library di tingkat atas. Mengambil konsentrasi yang aman dan selesa membaca buku. Buku tadi yang masih di tangan kubawa bersama. Ingin terus aku menghabiskan bacaan ini. Khusyuk sekali aku alami di sini. Jam di atas meja belajar di kamar buku itu menunjukkan jam 1035 minit pagi. Tersentak diri jadinya. Sudah lama aku mentelaah. Teringat ajakan umi yang ingin ke Butik Muslimah, bingkas kubangun dan terus beredar dari perpustakaan kecil itu.


Bersiap untuk menemani umi. Dan beberapa ketika kedengaran suara umi.


“Irah, dah siap belum?” teriak umi di luar pintu kamarku.”


“Baiklah umi. Sekejap sahaja lagi. Ni nak membetulkan tudung.” Sahutku


“Okeylah, umi tunggu di bawah ya.”


“Ya umi.” Ringks juga balasku


Beberapa minit kemudian, aku keluar dari kamar dan terus menuruni anak-anak tangga menuju ke bawah. Bersama tudung labuh serta sepasang baju kurung berwarna biru menghiasi diri. Seperti kebiasaanku yang senantiasa menutup aurat ke mana pergi. Segalanya itu adalah pelindung dari mata-mata jahil yang melihatku. ‘Na`uudzubillahi mindzalik’ detak hatiku.


“Okey umi. Dah siap dah.” Aku menyapa umi yang sedang membaca akhbar pilihan ramai Halaqah yang di halaman rumah berhadapan dengan tempat letak kereta.


Kami menaiki kereta Honda Civic metalic milik Abi. Pemandu sudah sedia di dalam perut kereta. Umi agak kurang mahir memandu kerana abi sering melarang umi memandu. Melainkan benar-benar ada keperluan tertentu. Kalau tidak kami menggunakan pemandu yang telah sedia ada. Arahan abi tidak sama sekali dingkari walaupun abi selalu tiada berikutan urusan kerjanya juga jamaah yang diikutinya.


Abi adalah seorang lelaki yag aku kagumi. Jihad Fi Sabilillah tujuan hidupnya. Istiqamah pegangannya. Qana`ah sifatnya. Itulah dia abiku. Rindu pada abi semakin membuak pula rasanya.


Aku suka memandang gelagat manusia yang terdapat di sekitar jalan yang dilalui. Tak kira menaiki apa, aku memang suka memandang pamandangan. Di jalan yang dilewati pada siang itu agak lengang. Banyak juga orang yang berjalan kaki. Maklum sahajalah dengan keadaan harga minyak juga petrol yang naiknya amat mendadak sekali. Maka dikesempatan itu mereka benjalan kaki disekitar tempat yang dekat. Mungkin. ‘Di setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Dan disetiap kesulitan pasti ada kesenangan’ begitulah janji Allah Subhanahu Wata`ala dalam Al Quran, Surah Insyirah. Itulah peganganku. Hati kecilku terus berbicara.


Pemandu abiku ini agak berusia orangnya. Peramah diajak bicara. Juga santun lagaknya. Pakcik Zainal, sering bercerita kisah Nabi padaku, saat kecil. Banyak ilmu agamanya. Rajin juga membaca. Keluarganya juga amat rapat dengan keluargaku. Antara kami dengannya atau dengan sesiapa pun tiada penghalang untuk bersilaturrahim walaupun dia adalah pekerja. Begitulah yang telah abi juga umiku ajarkan padaku dan anak-anaknya yang lain. Pemanduannya agak sederhana laju. Keadaan juga tidak banyak kelihatan.


Aku terkesima seketika dari bicara sendiri oleh hati ini kerana terlihat susuk tubuh yang kukenal berjalan kaki. Dan pasti dia tidak mengetahui yang aku memandangnya. Cermin kereta abiku ini agak gelap. Dari dalam dapat melihat yang diluar. Tetapi tidak sebaliknya.


‘Ah.. betul ke tu dia?’ soalku sendiri. Aku jadi kaget. Bingung juga. ‘Oh betullah dia! Ya tak salah lagi, dialah Akh Ridzuan!’


Aku amat dekat dengannya. Saat dia ingin menyeberang jalan, aku hanya memerhati bersama perasaan yang mengalir sendiri. Tersenyum. Berbunganya hati tiada taranya. Ikhwan itu yang membuatkan aku menjadi muslimah yang disegani. Ikhwan itu yang kerap menghentam saat kealpaanku. Dan ikhwan itu jugalah yang membuatkan aku tidak keruan. Sebagaimana hadir fitrah yang amat dinikmati seluruh makhlukNya. Sebenarnya, aku tidak berani untuk menatap matanya, apalagi memandang tubuhnya. Dan sekarang jantugku berdengup kencang kerana hadir suatu perasaan aneh. ‘Entah kenapalah...’ luahku setiap kali bertemu mahupun berhadapan dengannya. Sudah lama aku tidak bersua dengannya. Kerana masing-masing amat sibuk dengan tugas.


Entah kenapa aku sangat gembira bertemunya walau hanya aku yang merasa. Aku teringat saat pergi berdakwah di perkampungan orang asli di sebuah Negeri Pantai Barat. Dia amat serasi dengan kehidupan kampung. Walau agak kumuh dan kurang menyenangkan. Aku melihatnya seperti seorang mujahid yang melangkah tegas bersama Tentera Allah. Seorang pejuang yang amat mendambakan Syurga balasan. Seorang yang tiada hentinya berdakwah dalam arus yang tidak kira apa pun. Seorang lelaki yang tidak merasakan kekurangan dalam segala hal selain pahala. ‘Ya Allah, teguhkan dan tetapkanlah hatinya di jalanMu. Ya Allah, aku mengkagumi dirinya. Dan pastinya aku tidak layak mendampinginya. Sungguh dia seorang mujahid yang tegar dalam perjuangan Agamamu Ya Allah.’ Luah hati. Dia amat tegas dalam soal Agama. Walau banyak yang amat membantah akan caranya. Namun dia tidak gentar. ‘Subhanallah Wal hamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar.’ Ucapku lirih dalam hati.


“Irah, kenapa ni? Dari tadi senyum-senyum sendiri umi tengok.” Umi menyentakkan lamunanku.


“Tak ada apa-apa umi. Teringat dengan situasi sekarang ni. Dah ramai yang jalan kaki dari guna kenderaan. Maklumlah minyak harganya dah melambung naik.” jawabku dengan selamba dan sama sekali ingin membuat perhatian umi berdalih.


“Ah.. takkan tak ada apa-apa? Pasti ada sesuatu yang menggembirakan hati Irah kan? Kalau tak takkan sampai tersenyum sendirian.” Selidik umi tidak dapat kulawan lagi.


“Tak ada apa-apa umi.” Balasku ringkas bertujuan umi tak menyoalkan lagi.


“Ermmm... ye ke? Umi tak merasakan begitu. Tentu ada ikhwan yang sudah bertandang di hati Irah ya.” Tebak umi kelihatan pasti. ‘Aduhhh.. nak putar bicara apa lagi dengan umi ni. Menyelami betul hatiku ini’ getusku lagi.


“Mana ada umi.” Jawabku tegas dan agak malu sedikit.


“Hehe… jangan malu sayang. Kalau sudah berkenan, khabarkan pada umi. Biar kita mulakan sebagaimana Khadijah memulakan melamar Nabi melalui perantaraan. Kalau memang sudah ingin bernikah, katakan saja pada umi juga abi. Insya`allah tidak akan ada ikhwan yang akan menolak dinikahkan dengan anak kesayang umi yang seorang ini. Yang cantik dan berpengetahuan!” Umi kelihatan serius. Aku tidak tahu apa yang dirasa diri.


“Mana ada yang akan menolak dinikahi seorang akhowat yang cantik begini, aktif berorganisasi, apalagi hobinya tilawah, berkarya juga membaca tafsir!” Tambah umi lagi.


“Umiii niii...” Jawabku dengan manja. Ummi hanya tersenyum, sambil memeluk kepala juga mengusap mesra jemari kananku.


‘Aku tidak sepadan sekali dengan ikhwan yang aku impikan itu. Hanya untuk melihat pun aku tidak sanggup. Apalagi memilikinya. Sungguh sangat mustahil!’ Gumamku dalam hati.


***


“Umi, itu bagus juga! Warnanya secocok dengan tudung yang ini!” Usulku sambil mengambil contoh beberapa penutup kepala.


“Ya, yang itu amat bagus. Kainnya halus. Cantik memang. Warnanya juga tidak terang sangat.” Jawab Umi.


“Ermm… ya umi! Ya sudahlah umi, ambil yang itu sajalah.” Umi mengangguk tanda setuju.


“Puan, bagi yang ini ya!” Ucap Umi kepada pekerja butik itu.


Saat kami ingin bergegas keluar dari Butik Muslimah itu, aku terlihat seorang akhowat, yang sedang memilih jubah. Jelas aku melihatnya. Dan benar dia adalah temanku. Ukht Ainul.


“Assalamualaikum..” Salam kuberikan, saat mendekati akhowat itu.


“Ehh… Waalaikumussalam!” Jawabnya sambil senyuman dihadiahkannya.


“Wah.. banyak borong ukht?” Tanyaku Ainul hanya senyum.


“Mana ada borong ukht. Ana beli apa yang patut dan mengikut keperluan sahajalah. Ukht yang borong ya? hehee..”


“Oh, taklah ukht. Ana temankan umi sahaja” Ucapku dengan membalas senyumannya. Sambil telunjukku menunjuk ke arah umi.


“Oh, ye ke?” Ainul hanya tersenyum. Sambil mendapatkan umi dan menyalamnya.


“Oklah ukht Ainul. Ana beransur dulu ya.” Ucapku sambil menyalami dan memeluknya. Erat. Dialah sahabat tika dibangku sekolah lagi. Kerap juga aku menghubunginya. Lewat sms juga telefon. Kadang-kadang bertandang ke rumah.


“Assalamualaikum..” ucapku padanya. Sambil beriringan keluar dari Butik Muslimah bersama umi setelah salam dijawabnya.


***


Entah mengapa. Aku terus mengingat Akh Ridzuan. Bayang-bayangnya wujud di alam bawah sedarku. Sejak aku melihatnya beberapa hari lalu. Aku semakin menganggumi seorang Ridzuan. Ikhwan yang tegar, dalam balutan singgahsana keimanan. Meskipun terlihat sangat kekurangan harta, tetapi ikhwan yang satu ini. Tidak pernah meminta sesuatu hal yang akan merendahkan harga dirinya. Aku sangat bangga dapat bekerjasama dengannya.


Hari ini aku tiada urusan mahupun program apa-apa. Memang hari ini aku ingin beristirehat sepenuhnya.Aku tidak mahu diganggu mahupun disibukkan dengan kegiatan-kegiatan dakwahku seperti dulu. Bukannya kerananya aku futhur. Tidak, aku tidak futhur. Tetapi aku sedang didatangi tamu bulanan. Seperti persoalan lainnya, akhowat juga insani. Yang merasakan tidak sihat, jika datang waktu itu. Hanya untuk saat seperti ini. Dan hanya satu hari ini sahaja.


Kedengaran Hpku berbunyi bernadakan lagu Tema Perjuangan.


Berjuanglah wahai ansorullah

dengan matlamat daulah islamiyyah

Berkorbanlah wahai yang beriman

dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Berjihadlah dengan niat dihati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi


Sengajaku biarkan hp hingga ke deringan terakhirnya. Lantas kusahut. Butang hijau kutekan.


‘Ohh, nombor tak dikenali lagi. Mesti berhati-hati ni’ kata hati kedengaran.


“Assalamualaikum Warahmatullah.”


“Waalaikumsalam. Wah panjang sekali salamnya” balas dihujung talian.


“Ini siapa ya?” Tanyaku penasaran.


“Hehehee... alahai sayang. Dah lupa dengan abang ya. Hehe.. sampai hati!” Ucapnya. ‘Siapa ni. Abang mana pula ni?’ getus hatiku.


“Ini siapa?” Ucapku tegas. Ingin tahu. Kerana aku tidak dapat mengingat akan suara di hujung sana.


“Wah… benar-benar aku sudah dilupakan ya! Ini abanglah, Arif!”


‘Ha.. Arif! Anak Uncle Johari. Dia ini lagi! Huh..’ Gumamku dalam hati.


“Oh, Arif! Apa kabar? Bila enta pulang dari Australia?” Tanyaku berbasa-basi. Tak pernah aku mebahasakan dirinya abang. ‘Perasan sendiri.’


“Abang pulang kelmarin. Abang ok je. Abang rindu sangat kat Athirah. Athirah rindu tak kat abang?”


‘Huuhhh… apa kenalah dia ni? Tak sopan langsung. Macam tak pernah belajar akhlak. Ni nak aku panggil abang. Tak tahu adab langsung!!’


“Oh.” Jawabku datar.


“Abang tau sayang tentu rindu juga dengan abang kan. Jom pergi jalan-jalan dengan abang sayang. Sayang pasti suka kan.”


“Maaf ana sibuk sekarang!” Jawabku tegas. Ingin sahaja aku sampaikan tentang hijab dengan yang bukan mahram. Dan yang paling meluap dihati, ingin sahaja aku memutuskan talian tanpa meminta pamit.


“Ahh.. kamu dari dulu tetap begitu! Kalau begitu biar abang ke rumah kamu saja ya?”


“Maaf ana banyak urusan! Oklah Arif. Wassalamualaikum..” Ucapku sambil mengakhiri perbualan dan mematikan panggilan hp.


Arif, anak uncle Johari. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi sayang sekali anak-anaknya tidak dihidangkan dengan pendidikan agama seperti yang dituntut. Mulai dari sekolah lagi, Arif selalu ingin mendekatiku. Tetpi aku tidak melayaninya langsung. Kebetulan ayahnya mengenali abiku. Walau dah kerap diajak mendengar pengajian, pelbagai alasan diberikan. Namun, alhamdulillah abi dan umi sangat menjaga hijabku dengan sesungguhnya. Untunglah umi abiku tidak mengumpulkan harta yang berlimpah ruah. Tetapi sekadarnya juga yang lebih di berikan kepada yang sepatutnya.


‘Kalaulah orang tuaku menyukai dunia dan isinya, kekayaan juga harta benda. Pastilah dengan segera aku dinikahkan dengan Arif. Tapi, untunglah orang tuaku termasuk mujahid dan mujahidah dakwah. Alhamdulillah..’


Dengan apa yang ada, yang aku miliki. Aku sangat bersyukur. Beberapa usaha abi sudah maju. Lebih hebat dengan keluarga Arif. Perusahaan-perusahaan abi bahkan sudah menerapkan system management yang sangat bagus berteraskan Syariat Islam. Tidak seperti perusahaan-perusahaan yang lainnya. Dengan cara itulah, perusahaan abi semakin lama samakin maju pesat. Benar-benar barakah kurnian yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata`ala kepada keluargaku. ‘Alhamdulillah...’ hatiku mengucapkannya denga senyuman terukir sedirian.


Telah beberapa kali Arif bertandang ke rumahku, dulu. Dengan sopan aku menemaninya, walau dalam hati meronta tidak ingin sedemikian. Tentunya ditemani abi yang setia di sampingku. Agak lucu di saat mengenangkannya kembali. Arif menjadi kekok tika berbicara. Kelakuannya pula terlihat kaku. Sangat tidak selesa sekali baginya begitu. Setelah pulang ke rumah, Arif pasti akan menghubungiku. Lalu dia akan mengatakan aku yang bukan-bukan. Bukan setakat itu, dia juga mengata abi dan umi. Berfikiran kolotlah, kunolah, mengongkong anaknyalah, busy bodylah, tak open minded lah, dan macam-macam lagi kata-kata yang membuat aku tidak senang malahan sesiapa sahaja sepertiku tidak betah mendengarkannya. Maklumlah abi dan uminya dikutuk sedemikian rupa. Tetapi tetap aku membalasnya dengan sopan. Kerana sering ingat akan pesan umi juga abi tentang hadits penguat diriku, ‘As sobaru minal iman, sabar itu sebahagian dari iman.’


“Oh, ana senang sekali dengan sikap ambil berat mereka. Dan ana sangat merasakan dilindungi dengan sedemikian. Ok ya, ana nak tidur. Sudah tiba masanya. Assalamualaikum..” ucapan inilah yang sering kubalas setelah dikutuk sebegitu. Dan terus aku mematikan panggilan hp.


Tiba-tiba ingatanku melayang teringatkan Akh Ridzuan. Dia kerap menghubungi akhowat termasuk aku dengan menggunakan kemudahan hp sahabat serumahnya atas urusan tertentu juga kadang-kadang atas tujuan bertanyakan khabar juga menguji tahap keilmuan dan kesopanan akhowat. Kerana aku sendiri telah merasainya. Makanya itulah yang dapat aku simpulkan atas panggilan yang dibuatnya.


Banyak juga caranya yang aku tidak senang dulu. Seakan busy body. Namun akhirnya aku sendiri jadi malu terhadapnya. Hingga 2 penggal aku menjadi setiausahanya di BDDPI MPP. Walaupun aku tidak menyukainya pada awal nya. Namun segala yang aku sangkakan tentangnya jauh sekali. Akh Ridzuan seorang yang cukup istiqomah dalam perjalanan dakwahnya. Hingga akhirnya hatiku luluh dibuatnya. Namun, walau aku setiausahanya, kewajipan hijab dengannya senantiasa aku pegang apalagi dia.


Alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sayup menyinggahi telingaku dari bacaan Sheikh Sa`id Al Ghamidi dari MP4 ditangan. Getaran hati serasa di setiap alunan tilawah itu. Bagai ingin mengalir air mata mengenangkan dosa-dosa silam yang sering menjadikan aku lalai mengingati dan menjalankan kewajipan pada Rabbul `izzati. Alpa dengan suruhanNya. ‘Ya Allah, ampunilah aku yang berdosa ini’ keluh hatiku meluah. Dan air mata pun menitis satu persatu


*** Bersambung

No comments: