Friday, May 15, 2009

Muka 40

Bagaimana ukht. Dah siap?” Tanya ukht Salmah.


“Insya`allah, alhamdulillah ana dah siap!” Ucapku pasti.


“Tapi Ukht, kat sana tempatnya sangat kotor.” Salmah terlihat khuatir.


“Insya`allah. Medan dakwah yang berliku-liku, sudah ana lewati. Tinggal enti memberikan medan dakwah yang lainnya. Yang lebih mencabar dan menduga. Ana sudah siap untuk ke medan jihad itu. Jangan khuatir. Berdakwah seharusnya tidak mengira tempat.” Jawabku mantap dan meyakinkan.


“Baiklah ukht. Ana serahkan kepada enti. Ana tahu, enti lebih berpengalaman dari kami. Makanya ana ingin enti ikut serta dengan kami. Ana juga ingin memastikan, apakah enti Siap. Sama ada dari segi spritual juga mental. Alhamdulillah gayanya segak sekali!”


“Insya`allah, ana akan selalu bersedia untuk panggilan jihad! Demi dakwah kita. Ana akan selalu bersedia!”


Salmah telah memberikan amanah dakwah kepadaku. Tidak mungkin untuk aku melepaskan apalagi mempersiakan amanah itu. Meskipun amanah dakwahku juga sangat banyak. Aku harus tetap melaksanakan yang terbaik, demi jihad fi sabilillah. Demi untuk meraih Syurga yang dijanjikan Yang Maha Esa.


Beberapa amanah dakwah membuat aku benar-benar merasakan hidup lebih hidup iaitu sangat bererti meskipun memang bahu ini terasa amat berat memikulnya. Tetapi amanah-amanah yang telah diberikan, tidak boleh dinafikan. Selagi amanah-amanah itu, tidak diamanahkan secara sembarangan dan bersesuaian pada keadannya.


Tujuan kami ke desa yang terpencil. Kotor lagi tidak menyelesakan. Namun dengan niat yang utama lillahi Ta`ala, aku bersama akhowat yang dipertanggungjawabkan sedia berkhidmat untuk menyampaikan dakwah melaui tarbiyah. Ya banyak kekurangan yang tampak sini sana, di sepanjang kawasan yang kami masuki, sebelum tiba ke destinasi yang ditujui.


Banting juga sepanduk yang dibuat ikhwan Fakulti Pengajian Islam, BDDPI telah terlihat dengan jelasnya menyambut kehadiran kami. Desa asing yang banyak kekurangan, telah terbau yang kurang enak. Memang mencabar sekali. Juga menduga iman. Aura-aura kejahilan dengan ilmu juga panduan terpapar jelas. Dengan anak-anak gadis yang sewenangnya duduk berduaan bersama Kaum Adam.


Selain itu ana-anak bebas sekali tak berpakaian. Berpakaian tetapi telanjang juga didapati di sini. Bukan kekurangan segala itu, tetapi mereka ziro ilmu agama. Dan persoalan di benakku, ‘amat berat berdakwah di kelompok yang seperti ini. Berbeza seperti yang sebelum-sebelumnya yang masih terdapat kelompok yang mematuhi peraturan Tuhan Pencipta Sekalian Alam.


Ternyata masih banyak saudara-saudara Umat Islam di negara kita yang sangat menderita. Menderita kerana kemiskinan dan penderitaan Akidah pun mereka rasakan juga. Dengan pasti, aku dangan akhowat-akhowat lain. Berjalan. Seiringan. Tak lama, Salmah berhenti disebuah rumah.


“Alhamdulillah. Kita dah sampai.” Salmah menunjukkan sebuah rumah. Rumah yang terlihat sedikit lebih selesa dari luarannya berbanding rumah yang lainnya.


“Assalamualaikum Warahmatullah.” Sapa Salmah kepada seorang wanita separuh abad yang menyambut kehadiran kami di muka pintu. Tergambar riak wajahnya yang amat senang sekali dengan kehadiran kami.


“Waalaikumsalam nak. Mari. Mari masuk. Maaflah ya nak, rumah makcik tunggang langgang.” Ujar wanita itu tika kami bergantian menyalaminya.


“Tak mengapa Makcik Leha. Jangan susah-susah pula kerana kami.” Tegur Salmah seakan sudah kenal lama dengan makcik Leha itu.


“Oh, tidaklah nak. Makcik senang dengan kehadiran kamu ke tempat makcik ni.” Ucap makcik Leha, sambil mempersilakan kami duduk.


“Makcik Leha. Ana nak memperkenalkan ustazahnya!” Ucap Salmah sambil mengukir senyum dibibirnya.


“Oh, ya!” Jawab Makcik Leha sambil duduk bersila seperti kami.


“Ini Ustazah Athirah.” Ujar Salmah sambil menunjuk jarinya ke arahku.


Aku hanya tersenyum dan mengangguk.


“Namanya Athirah Binti Amir Zulqarnain. Nanti Ustazah Athirah ini yang akan memberi pengajian di kampung ini. Termasuk, juga teman-teman ana yang lain ini akan mengikuti pengajian Ustazah Athirah di sini!” Ucap Salmah memperjelaskan lanjut.


“Insya`allah.” Jawabku perlahan. Sangat berbeza sekali dengan kondisi di rumahku. Kampung ini benar-benar akan menjadikan ladang tarbiyah dan menuai pahala. Yang representative boleh aku dapatkan. Dan ini adalah tugas yang berat bagiku. ‘Ya Allah kuatkan semangat dan kesabaranku dalam menempuh perjuangan di sini.’ Luahku di dasar hati.


Makcik Leha tersenyum melihat ke arahku.


“Hebat anak ini ya. Masih muda dan amat cantik, sudah menjadi ustazah.” Pujinya.


“Apalagi belum bernikah tu makcik! Kalau makcik ada anak lelaki, bolehlah dijodohkan dengan Ustazah Athirah tu? Hehee...” Celah Hazlinda. Yang akhirnya membuatkan aku tersipu tetapi di sudut hati amat geram dengan celahannya yang tak berlesen langsung. ‘Akhowat yang seorang ini, apalah yang dibicarakannya. Geram sungguh.’ protesku.


Di balik langsir, penutup ruang dalam. Muncul seorang pemuda, dia berjalan menuju kedepan dengan langkah yang menunduk-nunduk sopan.juga mungkin malu dengan kami yang hanya Kaum Hawa.


“Itu anak makcik. Namanya Nadzri.” Kami sekalian hanya menganggukkan kepala. Tiada kata untuk membalasnya.


“Oh ya, Ustazah Athirah tinggal di mana?” Tanya Leha memecahkan suasana yang sunyi beberapa ketika tadi.


Aku serba salah untuk menjawabnya. Jangan sampai aku terkatakan rumahku dikawasan cemara indah! Dan jika begitu tentu akan membuatkan Makcik Leha jadi segan denganku. Bukan kerana agamaku, tetapi kerana kekayaan orang tuaku. Gumamku dalam hati. ‘aduuhhh..’



“Ana tinggal di Seremban. ” jawabku setepatnya.


Makcik Leha hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman terukir indah. Beberapa akhowat yang menyertai cuba mengertikan maksud jawapanku itu.


“Bila kita akan memulakan pengajian ini?” Ucap Makcik Leha.


“Lebih baik, secepatnya makcik!” Ucapku.


“Baiklah, kalau begitu minggu depan mula. Bagaimana?” Makcik Leha terlihat bersemangat sekali.


“Ya bagus tu makcik! Tempatnya di mana makcik?” Tanyaku.


“Bagaimana kalau di sini saja. Di rumah makcik ini.” Makcik Leha menawarkan.


“Ya tak mengapa.” Jawabku. Yang akhirnya diikuti oleh teman-teman.


Terlihat senja memerah. Menandakan senja bakal hadir. Panas mentari tidak lagi segarang disiang hari. Aku dan teman-teman terus minta diri.


Dalam perjalanan pulang kami pun berbincang-bincang tentang misi dakwah ini.


“Enti, dapat tahu dari mana desa yang terpencil tadi tu?” Tanyaku kepada Salmah. Ingin sangat tahu.


“Oh, Sebenarnya enti, bukan ana yang tahu dulu. Tetapi Akh Ridzuan yang telah dulu masuk ke desa terpencil itu bersama ra`is Akh Iskandar. Saat itu, Akh Ridzuan melihat ladang dakwah desa terpencil itu terbentang luas.” Ucap Salmah tegas lagi serius. Namun senyuman di bibirnya masih tampak.


2 comments:

Ikhwan Zhaki said...

Salaam, Syukran atas ziarah ke laman ana.

ABDUL LATIP said...

Khabarnya novel ini akan diterbitkan Jun nanti. Kerana itu saya rasa tidak perlu disiarkan semuanya nanti pembaca boleh baca di sini tak nak beli lagi. Cuma promosikan saja. Sekadar pandangan saja. Maaf.