Monday, May 18, 2009

Muka 45

“Oh, begitu!” jawabku ringkas. ‘Ikhwan itu lagi!’ bisik hatiku. Entah kenapa setiap kali nama Ikhwan itu kedengaran. Hatiku berdesir dan bergetar hebat.


“Oh, jadi Akh Ridzuan ikut serta juga mengembangkan dakwah di desa itu?” soalku ingin tahu lagi.


“Mestilah. Kan Akh Ridzuan yang pertama kali menemui desa itu. Yang pertama kali, membina anak-anak desa itu. Lalu, setelah itu membina para bapa-bapanya. Kalau enti tahu, pasti enti akan kaget. Siapa bapa-bapa para anak-anak yang ada di desa itu!” Salmah terlihat begitu serius sekali.


Sahabat akhowat yang lain sepi. Mendengarkan bicara kami berdua. Malah ada yang sudah terlena. Perjalanan yang memakan masa sejam setengah ini, amat lama dirasakan sekiranya tidak disaluti dengan bicara yang bermanfaat. Selain itu, dari sini juga kami merapatkan ukhwah sesama setelah sedia terjalin.


Aku mengikuti ini atas program jalinan bersama Jaringan Nasional Belia Mapan juga Biro Dakwah dan Pembangunan Insan. Kereta Avanza yang dipandu Ainul bergerak dengan kelajuan sederhana. Jalan agak sepi juga tika remang-remang senja kelihatan. Mungkin juga alasan lain, minyak sangat ketara naik harganya. Maka kenderaan peribadi agak kurang digunakan. Dan menjadi perhatianlah pengangkutan awam, seperti bas mahupun teksi. Perjalanan kami terus ke Seremban. Semuanya 8 orang yang menyertai misi kami ini, adalah orang Negeri Sembilan juga. Bukan asobiyyah. Tetapi segalanya kebetulan dan Perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.



“Siapa ukht? Berilah tau. Jangan tinggal tanda tanya buat ana ya.” Aku benar-benar penasaran. Dan tawaku terselit dihujung bicara.


“Bapa-bapa kat desa tu kebanyakan mereka adalah kaki rayau, peminum!”


“HAH! Kaki rayau? Peminum?” ucapku terkejut. ‘Masya`allah, golongan sebegitu mampu dibina oleh Akh Ridzuan! Sungguh dakwah tidak hanya berada di masjid. Tetapi berada dimana-mana!’ Gumamku dalam hati. Semakin menjadikan kekagumanku dengan Al Akh yang seorang itu.


“Begitulah ukht! Akhirnya Akh Ridzuan mencuba membentuk pengajian untuk para ibu. Dan diserahkan kepada akhowat-akhowat BDDPI. Enti kan tahu, akhowat-akhowat BDDPI masih belum berapa berpengalaman. Akhirnya, kami memilih enti. Kerana kami melihat enti lebih berpengalaman dalam perkara ini!”


“Aaahh, tidak juga! Ana sama saja seperti enti juga sahabat yang lain” Ucapku merendah diri. ‘Masya`allah, benar-benar berat amanahku. Lagi berat yang terpikul di pundak Akh Riz.’ Salmah tersenyum.


“Siapa yang tak kenal ukht Athirah! Apalagi beliau adalah mantan setiausaha BDDPI MPP. Merangkap tangan kanan bagi Akh Ridzuan!” Goda Salmah sambil jelingan nya buatku.


‘JANGAN… jangan sebut nama itu lagi. Jantungku sudah tidak kuat untuk menerima nama jundi itu.’ Teriakku dalam hati.


“Enti ni. Sampai ke situ pula!” Ucapku cuba mengalihkan perhatiannya.


Melewati persimpangan lingkungan Bukit putus agak sesak. Sahabat-sahabat yang lena tadi, sudah terjaga. Hampir jam 745 minit malam. Kenderaan yang dipandu Ainul telah melepasi jalan Pusat Dakwah.


“Singgah rumah ana dulu bagaimana ukht sekalian?”


Masing-masing antara kami berbasa basi. Ingin terus pulang ke rumah membersihkan diri. Dan terus melaksanakan tuntutan yang diperintahi.


***


Tilawah sudah usai dikerjakan. Entah kenapa ingin sekali menonton siaran tv. Sudah sangat lama, aku tidak menonton. Memang amat jauh aku dengan teknologi yang satu ini. Walau dekatnya amat denganku. Dulu aku gemar menonton berita utama, namun semenjak penyampaiannya yang memang hipokrit dan penipuan belaka. Aku terus henti mendengarkan berita. Tetapi sesekali aku menonton siaran untuk makanan rohaniku seperti Al-Kuliyyah dan kadang-kadang Forum Perdana.


Dengan malas, aku mencapai remote untuk menyalakan tv. Saat itu sedang bersiaran Berita Buletin Utama. ‘Ahh, 10 minit lagi habis. Siaran apa selepas ini ya?


Aku tidak menunggu berita itu habis. Kucapai sebuah vcd yang terbaru dirak yang tersusun akannya. Memasangkannya. Vcd ini belum pernah kutonton. Cuma mendengar umi juga kakak saudarku bercerita suatu ketika.


“Kononnya bernuansa Islami. Hakikatnya mengelabui mata yang menontoni.” Begitulah kata Kak Nurjannah. Kakak saudaraku.


HIDAYAH, itulah tajuknya. Filem dari Tanah Seberang.


“Ermm bagus juga ni!”


Sesaat aku menonton sinetron itu. Dari sinopsis ceritanya yang terdapat di belakang cover vcd itu seakan bagus. Tetapi sayang sekali dari artisnya masih bebas mempertontonkan aurat-auratnya.


“Bagaimana kalau, masyarakat meniru gaya berpakaian seperti mereka? Ishh.. Na`uudzubillah tercurah kata hati ini. Ternyata sama sekali tidak Islami. Dari judulnya saja seperti filem yang Islami. Ternyata dalamnya, sama saja dengan filem yang lainnya. Apalagi, mempersepsikan seorang lelaki yang berpoligami dengan tidak menepati. Bertindak sewenangnya terhadap isterinya. Ini sama sahaja menghasut seseorang untuk melanggar Syariat Islam. Apalagi, ini termasuk menyatakan bahawa poligami akan terus menggambarkan yang tidak baik dimata masyarakat. ‘Aku sangat tidak setuju.’



‘Benarlah ini mengelabui mata penonton.’ Memutar belitkan Ajaran Islam namanya. Memang, sering terjadi poligami dianggap sebuah malapetaka bagi sesebuah keluarga. Tetapi, seharusnya bukan poligaminya yang dipersepsikan serupa itu. Seperti malapetaka yang sangat besar melanda. Sewajarnya lelaki yang melakukan poligami itulah yang menjadi punca masalah. Kerana Akidah dan Akhlaknya masih belum mengetahui ajaran Rasulullah yang sebenarnya. Maka itulah punca utamanya kepincangan ketika poligami. Bukan kerana poligami. Jadi sama sahaja, jika ada yang akan mengatakan bahawa tidak akan pernah boleh adil seorang lelaki yang berpoligami. Malah seharusnya, ungkapan itu dibalikkan. Menjadi seperti ini, tidak akan mampu adil lelaki yang tidak berpoligami. Kerana jelas bahawa poligami itulah yang menjadikan ujian suami menjadi adil atau tidak. Dan adil itu sendirilah, nantinya yang menghantarkan seorang lelaki itu menuju Jahannam atau Jannah Illahi.


Bosan melihat tayangan-tayangan menyedihkan itu. Maksud menyedihkan bagiku itu ialah kerana tidak berlandaskan Al Quran. “KLIK.” Aku matikan saja vcd itu. Lebih baik aku lena. Mengidam bermimpikan berjuang bersama mujahidah-mujahidah fi sabilillah. Bermimpi tentang indahnya bertemu dengan wanita termulia di dunia. Bermimpi tentang segala perjuangan. Bermimpi tentang indahnya kemenangan. Dan saat aku bangun. Semua mimpi-mimpiku menjadi nyata. Akan tetapi, tidak semudah yang aku fikirkan.


“Ya Allah untuk-Mu lah aku tidur. Dan untukMu lah aku bangun. Dan bangunkanlah aku di sepertiga malam-Mu.” Doaku lirih dn perlahan sekali.


***


*** Bersambung

No comments: